Apr 20, 2011

Doa Seorang Suami



Doa Seorang Suami


“Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fisikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cobaanMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah
Sekiranya isteri ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya isteri ku ini adalah isteri yg akan membimbing tanganku
dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya isteri ku ini adalah bidadari untuk ku di JannahMu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala
perintahnya Sekiranya isteri ku ini adalah yang terbaik untukku
di DuniaMu Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti
perasaannya Sekiranya isteri ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi Ya Allah
Sekiranya isteri ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang Kau
tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya isteri ku tergoda dengan keindahan duniaMu Limpahkanlah
aku kesabaran untuk terus membimbingnya Sekiranya isteriku tunduk
terhadap nafsu yang melalaikan Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku
memperbetulkan keadaannya Sekiranya isteri ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena
Ya Allah
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan
keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan Bimbinglah aku ke jalan
yang Engkau redhai Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai
suami Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu
Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cobaanMu
Jadikanlah aku suami yang disenangi isteri
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi suami yang Soleh
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Karena aku pasrah dengan dugaanMu
Karena aku sedar hinanya aku
Karena aku insan lemah yg kerap keliru
Karena aku leka dengan keindahan duniamu
Karena kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Karena pendek akal ku mengharungi ujianMu
Ya Allah Ya Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi suami yang dirahmati
suami yang dikasihi
suami yang soleh
suami yang sentiasa dihati isteri
Amin, amin Ya Rabbal Allamin..”


Apr 5, 2011

[Tutorial] Cara-cara install Windows 7 - Mudah Faham



WARNING
Windows 7 Minimum Hardware Requirements:

NOTE: For more information on this, see: Windows 7 system requirements

* 1 GHz 32-bit or 64-bit processor
* 1 GB RAM for 32-bit Windows 7 OR 2 GB RAM for 64-bit Windows 7
* 16 GB available disk space 32-bit Windows 7 OR 20 GB for 64-bit Windows 7
* Support for DirectX 9 graphics with 128 MB memory (in order to enable Aero theme)
* DVD-R/W Drive

Mar 30, 2011

Hukum Membuat Lawak [Wajib Tahu]




Hukum Melawak 

Etika melawak dan bergelak ketawa.

Islam tidak melarang untuk kita berseronok dengan melawak dan bergelak ketawa. Lihatla bagaimana kisah Rasulullah bergurau dengan seorang wanita tua.

Wanita itu berkata baginda “Doalah kepada Allah supaya Dia memasukkan aku ke dalam syurga.” Baginda menjawab “Wahai ibu, sesungguhnya orang tua tidak masuk ke dalam syurga.” Perempuan itu balik dan menangis. Baginda saw bersabda:


أخبروها أنها لا تدخلها وهي عجوز إن الله تعالى يقول إنا أنشأناهن إنشاء فجعلناهن أبكارا عربا أتراباMaksudnya: “Beritahulah kepadanya bahawa dia tidak masuk ke dalam syurga dalam keadaan masih tua.

Sesungguhnya Allah berfirman “ Sesungguhnya kami mencipta wanita-wanita syurga dengan penciptaan yang baru.

Kami jadikan mereka dalam keadaan dara, yang amat mengasihi suaminya dan yang sebaya dengannya.” (Hr Tirmizi dan al-Baihaqi dgn sanad yg hasan)

Abu Hurairah telah meriwayatkan: Para sahabat berkata “ Wahai Rasulullah sesungguhnya kamu bergurau senda dgn kami.” Baginda menjawab:


نَعَمْ غَيْرَ أَنِّي لَا أَقُوْلُ إِلَّا حَقَّاMaksudnya: Ya aku bergurau tetapi aku tidak berkata melainkan perkara yang benar.(Hr Tirmizi dan Ahmad – sanadnya hasan)

Disini Dr Yusuf Qardawi meletakkan lima etika yg perlu dipatuhi dalam bergurau senda:

Pertama: Tidak menggunakan perkara yang bohong sebagai alat untuk manusia tertawa.

Nabi saw bersabda:


ويل للذي يحدث فيكذب ، ليضحك القوم ، ويل له ، ويل له.Maksudnya: Celaka orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia. (Hr Ahmad dan ad-Darimi – sanadnya sahih)

Kedua: Gurauan tidak mengandungi penghinaan terhadap orang lain melainkan diizinkan oleh orang tersebut.

Firman Allah: “ Wahai orang2 yang beriman janganlah satu puak itu menghina puak yang lain, kemungkinan orang yang dihina lebih baik dari orang yang menghina. Janganlah wanita menghina wanita yang lain , kemungkinan wanita yang dihina lebih baik baik dari yang wanita menghina… “ ( 11 : al-Hujarat)


Nabi saw bersabda:
بِحَسْبِ امْرِىءٍ مِنَ الشَّرِ أَنْ يَحْقِرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَMaksudnya: “Cukuplah seorang itu melakukan kejahatan apabila dia menghina saudaranya semuslim.” (Hr Muslim – sahih)

Termasuk dalam menghina ialah dgn meniru perbuatan orang lain.

Aisyah ra berkata “Aku telah meniru perbuatan seorang manusia.” Lalu Rasulullah saw bersabda:


ما أحب أني حكيت أحداMaksudnya: “Aku tidak suka meniru perbuatan orang lain.”(Hr Ahmad dan Baihaqi – sanad sahih)

Ketiga: Melawak yang tidak menakutkan orang lain.

Nukman bin Basyir ra berkata: Sesungguhnya kami bersama Rasulullah saw dalam satu perjalanan. Seorang lelaki mengantuk di atas tunggangannya. Seorang lelaki yang lain mengambil anak panah dari busurnya dan mengejutkan lelaki yang mengantuk yang menyebabkan dia terperanjat. Rasulullah saw bersabda;


لاَ يَحِلُّ لِرَجُلٍ أَنْ يُرَوِّعَ مُسْلِمًاMaksudnya: “Haram bagi seorang lelaki menakutkan orang Islam.”(Hr Thabrani – sahih)

Nabi saw bersabda:


لا يأخذن أحدكم متاع أخيه لاعبا أو جاداMaksudnya : “ Janganlah kamu mengambil barang kepunyaan saudara seislamnya dengan niat melawak atau pun betul2.”(Hr Ahmad – sahih)

Keempat: Jangan melawak ditempat yang serius dan jangan serius di tempat melawak.

Dalam Islam ada 3 perkara yang dianggap diambil hukumnya walaupun dalam keadaan melawak. Nabi saw bersabda:


ثلاث جدهن جد وهزلهن جد: النكاح والطلاق والعتاقMaksudnya: “Tiga perkara yang mana yg mana diambil hukumnya samaada dalam keadaan melawak atau serius: 1. Nikah 2. Cerai 3. Membebaskan hamba. (Hr Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah – sanadnya hasan)

Sesungguhnya Allah telah mencela orang2 musyrikin yang ketawa ketika mendengar al-Quran. Firman Allah swt:

“Adakah kamu hai musyrikin rasa hairan dengan ayat2 suci al-Quran? Kamu ketawa ketika mendengarnya, tidak menangis ketika mendengarnya dan kamu dengar dalam keadaan lalai.” (59 – 61 : an-Najm)

Kelima: Hendaklah melawak sekadar perlu dan tidak berlebihan.

Nabi saw bersabda:


وَلَا تُكْثِرْ مِنَ الضَّحْكِ فَإِنَّ كَثْرَةَ الضَّحْكِ تُمِيْتُ الْقَلْبَMaksudnya: “Janganlah kamu banyak ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa boleh mematikan hati.” (Hr Ahmad dan Ibu Majah – sanad hasan)

Saidina Ali ra:

“Masukkan lawak dalam kata2 sekadar kamu memasukkan garam dalam makanan kamu.”Said bin al-‘As berkata:

“Bersederhanalah dalam melawak. Berlebihan dalam melawak akan menghilangkan keindahan dan menyebabkan orang-orang yg ***** akan berani terhadap mu. Meninggalkan melawak akan menjauhkan orang2 yang hendak bermesra dan menyebabkan orang2 yang berdamping dgn mu berasa rimas.


p/s: Untuk ingatan diri ini yang sentiasa lupa dan lagha dalam menjalani kehidupan yang penuh cabaran. Untuk anda juga,moga info ini dapat membantu diri kita terus sentiasa beringat.


Update Terbaru 15 April


ceramah dari Ustaz Kazim yang mengupas tentang Hukum Lawak
Download disini 

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | Free Samples