Mar 29, 2011

Australia vs Ame Samoa 32 - 0.... [Biar Betul]


Betul ke keputusan bola sepak ni??
Alahai, bila tengok videonya, baru lah percaya. Teruk betul kena belasah. Mungkin ini jaringan paling banyak dalam sejarah kot.haha. Yang menjadi musykilnya kenapa lah pengurus/jurulatih mereka tak tukar penjaga gol tu. Alahai..........layannn je.



Mar 28, 2011

Hukum Suami Minum Susu Ibu - HARUS



Diambil dari petikan soal jawab agama...

"Hadith tentang meminum susu isteri"Sheikh Yusuf Al-Qaradawi ditanya soalan ini dan beliau berkata:
...“Pernah suatu ketika pada zaman sahabat R.A. Salah seorang sahabat R.A melakukan hubungan dgn isterinya, dan semasa melakukan perhubungan beliau telah menghisap payu dara isterinya sehingga susu telah masuk ke dlm perutnya. Oleh kerana itu, beliau telah pergi berjumpa dgn Abu Musa Al-Asha`ari R.A utk bertanyakan hukum tentang ini. Lalu Abu Musa menjawab, “Isteri engkau sudah tidak halal buatmu.”

Selepas itu, lelaki tersebut telah pergi berjumpa dgn Abdullah Ibn Mas’ud R.A utk bertanyakan perkara yang sama dan Ibn Mas’ud mengatakan ia bukanlah menjadi kesalahan. Ibn Mas’ud memberikan hujjah dari hadith yang mana dgn jelas menyatakan bahawa susuan hanyalah terbatas utk 2 tahun pertama kanak-kanak. Lalu Ibn Mas’ud membacakan ayat:

وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلَادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu…”(Surah Al-Baqarah ayat 233)

Ini adalah perintah Allah Ta’ala kpd para ibu yang menyusukan anak sehingga sempurna tempoh itu yakni 2 tahun. Maka selepas tempoh itu (2 tahun), ia tidak tidak dikira. Mendengar hujjah ini, maka Abu Musa R.A berkata: “Jgnlah engkau bertanya aku lagi sekiranya ulama besar ini berbicara.”

Penjelasan selanjutnya ayat al-baqarah:

قَالَ ” لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَة ” وَذَهَبَ أَكْثَر الْأَئِمَّة إِلَى أَنَّهُ لَا يُحَرِّم مِنْ الرَّضَاعَة إِلَّا مَا كَانَ دُون الْحَوْلَيْنِ فَلَوْ اِرْتَضَعَ الْمَوْلُود وَعُمْره فَوْقهمَا لَمْ يُحَرِّم

Berfirman Allah, “Bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu…”
Oleh yang demikian, penyusuan menyebabkan pengharaman itu (i.e: haram utk dinikahi) berlaku sblm 2 tahun. Sekiranya bayi menyusu selepas 2 tahun, maka pengharaman itu tidak ada.

Berkata Imam At-Tirmidzi di bawah Bab Penyusuan Menyebabkan Pengharaman Dlm tempoh 2 tahun pertama: Diriwayatkan dari Qutaibah diriwayatkan dari Abu Awanah dari Hisham bin `Urwah dari Fathimah Bint Munzir dari Umm Salamah berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Penyusuan akan menyebabkan HARAM sekiranya ia berlaku menyusu dan sebelum fitam (sblm 2 tahun).” At-Tirmidzi mengatakan, “Hadith ini hasan sahih dan majority para ahli ilmu dari kalangan para sahabat Rasulullah S.A.W mengamalkan bahawa penyusuan menyebabkan pengharaman sblm tamat tempoh 2 tahun dan penyusuan selepas itu tidak akan menyebabkan pengharaman.” (At-Tirmidzi shj meriwayatkan hadith ini dgn jalur rijal yang memenuhi syarat sahihain)

Kesimpulannya: Tidak mengapa bapa bayi berbuat demikian dan tidak menyebabkan berlaku pengharaman. sukasangat

Wassalam

Rumusan:
Umur yg mempengaruhi susuan ialah (bayi) yg belum mencapai umur dua tahun. Ini ijma’ sahabat kecuali Aisyah ra. (Imam anNawawi, Syarah Sahih Muslim : 6/214; Imam Ibn Rusyd, Bidayah alMujtahid: 2/36). Madzhab Daudi atau Zahiri mendokong pendapat Aisyah dan diperkuat oleh Imam Ibn Hazm.
Madzhab Hanafi bayi bawah 2 tahun 6 bulan. Maliki pula dua tahun beberapa hari. WA

Kesimpulan: Dengan ini jelas hukum meminum atau terminum susu isteri adalah HARUS 

Bagi yang nak dengar sendiri ustaz azhar idrus jawab soklan tentang ini, sila download audio kuliyyah di Meru 
dan ada di bahagian2 hujung kuliyyah jawapannya..

atau pun,boleh tengok juga di video nya disini..



[Info] 8 Sikap Lelaki, Si Awek perlu tahu


8 Sikap Lelaki , Si Awek Perlu Tahu

1. Lelaki tidak detail dalam percakapan

Contoh kes: Kakaknya baru saja putus cinta.Bila  awek tanya

'macam mana boleh putus awk...?' cik abg akan menjawab...
'..dah nak putus nak wat camne...'

Alasan:Tak usah bimbang sebab secara genetik lelaki tidak dibentuk untuk petah bercakap macam perempuan. Menurut seorang pakar,wanita boleh mengeluarkan antara 6 hingga 8 ribu kata per hari.sementara lelaki rata2 hanya mengeluarkan antara 2 hingga 4 ribu kata sahaja.

2. Lelaki tahan berjaga sepanjang malam demi Hobi

Contoh Kes:Cik awek sering tak menemui jawapan kenapa cik abg sanggup mengadap game sepanjang malam tanpa henti (dari mengadap dirinya..kahkahkah)..lepas tengok piala Malaysia, tengok badminton All England plak..pastu, sambung tengok EPL pulak kn...sampai jam 3pg..kuikui

Alasan: sebelah kanan otak lelaki mempunyai bahagian yang tidak dimiliki oleh kebanyakkan wanita,seperti utk mengukur sudut pandang(angle),kecepatan dan jarak.Namanya adalah Kesedaran Ruang Visual (VSA),yang amat penting peranannya di zaman dulu dimana lelaki harus berburu utk mendapatkan makanan.

3. Lelaki rela menghabiskan banyak wang untuk peralatan elektronik atau aksesori kereta

Contoh Kes:Cik abg rela keluarkan wang simpanan utk menambah aksesori kete...tapi kenapa mereka memBEBEL kalau tgk cik awek bershopping??

Alasan:Alat2 elektronik atau aksesori kereta bolehlah dikatakan sebagai alat permainan lelaki dewasa.Bagi lelaki,benda 3 dimensi ni terlihat lebih menarik dan menstimulasi area VSA otak mereka.Dgn demikian mereka secara tidak sedar dengan happy2 jer buang duit utk benda2 tu.

4. Lelaki jarang Muncul dengan jambangan bunga.

Contoh kes: dekat filem2 drama,sering kita lihat hero/cik abg muncul tiba2 di rumah cik aweknya dgn sejambak bunga. Kenyataan nya?..huh hampeh!! tak ada pun...

Alasan: Dari awal lagi,otak lelaki lebih mengutamakan hal praktik. Kebetulan, hal2 bunga ni tak menarik ruang logik otak mereka. Beli sesuatu yang bakal layu dalam beberapa hari benar-benar satu pembaziran...itu tanggapan org lelaki laa kan..baik belanja makan!kenyang perut...

5. Lelaki tidak bergosip

Contoh Kes: Bila cik awek bace gosip kat magazine sambil cakap:
'eh betul ke ni..?'cik abg dgn pantas memotong
'pergi makan jom!dah lapar nie...'

Alasan: Sebenanya lelaki juga bergosip.Tapi cara dan gaya mereka bergosip tidak sejelas cik2 awek bergosip dan juga tidak pada saat objek yag nak digosip berada dekat situ. 
Dan kalau mereka punya masalah dengan seseorang, biasanya mereka menyelesaikannya, atau melupakannya.

6. Lelaki selalu meng'agung'kan IBU mereka.

Contoh Kes: Lelaki jarang mengkritik ibu mereka,apatah lagi kalau hubungan mereka akrab. Lebih panas lagi kalau dia kata pada cik awek,

'eleh ayang,macam tu pun tak reti buat ke?mak i pejam mata pun boleh buat tau...'

Alasan:Bagi lelaki,ibu mereka merupakan wanita ideal dan inti dari hidup mereka.Lelaki juga belajar mengenal rasa melindungi dari hubungan kedua orang tuanya sebagaimana ayah mereka melindungi ibunya. Makanya, tak perlulah mintak dia persoalkan apa-apa tentang ibunya.

7. Lelaki sanggup menyimpan semua edisi terhad komik,cd,jeans, jam tangan,jersi dan apa2 saja!

Contoh Kes:'Borinngg..!'katanya si cik awek....
sekejap sekejap cik abg ajak g petaling street,kemudian kedai komik lepas tu cari lens kamera...semata-mata nak cukupkan koleksinya..

Alasan: Berbalik kepada asal mereka sebagai pemburu,lelaki senang menghimpun persediaan keperluan mereka sebanyak mungkin. Mereka selalu berwaspada dan beranggapan bakal diadili oleh lelaki lain,sehingga tidak hanya mengumpul kuantiti,tapi juga kualiti yang dimilikinya. Bagi mereka, mempunyai sesuatu yang boleh dibanggakan adalah prestasi tersendiri yang dapat memacu ego mereka.

8. Lelaki Senang melihat wanita memakai Skirt pendek(mini skirt)-asalkan bukan kekasihnya.

Contoh kes: Cik abg memuji setinggi langit kaki nicole kidman ketika memakai mini skirt.Tapi kalau cik aweknya yg pakai,komennya pula...

'I tak suka ahh!! tukar lain...macam penyapu lidi je..kalo u pakai baju kurung bertudung litup, laaaaggiiiii i sukeee..'
Bengang kan cik2 awek sume...?kuikui..

Alasan: Bagi lelaki,kaki cantik adalah simbol kesuburan wanita.Kalau buah hati sendiri yang mempamerkan kaki dan bahagian2 yang lain pada yang bukan sepatutnya..mereka jadi waspada kerana itu merupakan sasaran mata lelaki-lelaki lain...hehehe 

p/s:begini lah lelaki...fahamilah mereka...

p/s/s: ada apa-apa pandangan lain sila komen ya..;-)




 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | Free Samples